KELAS MULTIMEDIA – CANVA.COM ( KAD RESEPI) |
|
Tarikh | :7 Julai 2018 (Sabtu) |
Masa | : 9.00 pagi – 11.00 pagi |
Lokasi | : Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta | : 11 Orang |
TUJUAN :
Bagi melahirkan para peserta yang kreatif dan inovatif dalam mencipta kad resepi. Para peserta diajar cara-cara untuk menghasilkan kad resepi yang mudah dan ringkas. Dengan adanya aktiviti ini ia dapat meningkatkan kemahiran peserta dalam bidang grafik selain untuk menggalakkan komuniti setempat untuk mengunjungi Pusat Internet dan mengikuti kelas dan aktiviti yang dijalankan.
AKTIVITI :
Petugas meminta para peserta untuk membuka laman sesawang www.canva.com. Seterusnya petugas menerangkan mengenai kandungan yang terdapat pada laman sesawang tersebut. Petugas meminta para peserta untuk membuka enjin carian google dan mencari resepi kek batik kemudian, petugas menunjukkan cara-cara untuk menggunakan canva bagi menghasilkan kad resepi yang cantik dan ringkas. Para peserta melakukan tugasan yang diberi petugas dengan jayanya. Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta yang memerlukan pertolongan.
LATIHAN ASAS E-REZEKI |
|
Tarikh | :3 Julai 2018 (Selasa) |
Masa | : 9.30 pagi – 12.30 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta | : 6 Orang |
TUJUAN :
Bertujuan untuk memberi manfaat kepada masyarakat terutamanya isi rumah berpendapatan rendah dengan membolehkan dan menghubungkan. mereka kepada peluang pendapatan digital. Selain itu membuka saluran alternatif kepada rakyat untuk menjana pendapatan melalui peluang-peluang pekerjaan online.
AKTIVITI :
Petugas menerangkan secara ringkas langkah-langkah untuk mendaftar di E-Rezeki. Petugas menerangkan mengenai kategori tugasan E-Rezeki iaitu : Tugasan digital mikro,Kerja digital, Kerja bukan digital. Petugas memberi penerangan mengenai bagaimana E-Rezeki berfungsi pada para peserta. Seterusnya, petugas menerangkan mengenai cara mencari kerja. Penerangan mengenai rakan strategic E-Rezeki dan juga senarai pusat dan wakil E-Rezeki.
LITTLE CHEF BAKING KUIH RAYA |
|
Tarikh | : 2 Jun 2018 (Sabtu) |
Masa | : 10.00 pagi – 1.00 tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta | : 9 Orang |
TUJUAN :
- Para peserta dapat mempelajari cara-cara untuk menghasilkan biskut raya dengan berpanduan Google dan Youtube
- Dapat memupuk sifat kerjasama sesama peserta ketika aktiviti berjalan
- Dapat memupuk sifat kesabaran peserta ketika proses menghasilkan biskut raya tersebut
AKTIVITI :
- Petugas membuka enjin carian google dan mencari resepi bagi menghasilakn kuih raya biskut arab
- Petugas membaca dan memperkenalkan bahan-bahan yang diperlukan bagi membuat biskut berkenaan
- Peserta memulakan aktiviti dengan membancuh adunan seperti yang tertera di smartboard
- Peserta bekerjasama menyelesaikan aktiviti sehingga biskut siap dibakar
PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA AIDILFITRI |
|
Tarikh | : 3 Jun 2018 (Ahad) |
Masa | : 9.30 pagi – 11.30 pagi |
Lokasi | : Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta | : 7 Orang |
TUJUAN :
- Para peserta dapat menunjukkan bakat dan kemahiran mewarna masing-masing
- Dapat mengisi masa terluang peserta dengan melakukan aktiviti yang berfaedah
- Dapat menggalakkan lebih ramai komuniti setempat untuk berkunjung ke Pi1M dan mengikuti aktiviti-aktiviti yang diadakan
AKTIVITI :
- Petugas menerangkan secara ringkas mengenai aktiviti yang bakal dijalankan
- Petugas mengedarkan bahan edaran kepada para peserta
- Peserta memulakan aktiviti mewarna mereka
- Sesi bergambar bersama peserta yang terlibat
AKTIVITI QURAN HOUR |
|
Tarikh | : 2 Jun 2018 (Sabtu) |
Masa | : 9.00 pagi – 10.00 pagi |
Lokasi | : Pusat Internet Ulu Sepri |
Peserta | : 9 Orang |
TUJUAN :
- Menyahut seruan kerajaan dengan mengadakan program Quran Hour di Pi1M bersama komuniti setempat
- Mengimarahkan lagi bulan Ramadhan yang mulia ini
- Dapat mempromosikan budaya membaca Al-Quran dalam umat islam daripada pelbagai lapisan masyarakat
AKTIVITI :
- Petugas membuka Youtube dan membuka bacaan ayat-ayat Al- Quran
- Peserta bersama-sama membaca ayat-ayat yang dipaparkan pada smartboard
Peserta mendengar tazkirah Ramadhan yang dibuka oleh petugas