BENGKEL MICROSOFT –SESI 2 : MICROSOFT OFFICE POWERPOINT |
|
Tarikh | : 19 Mac 2018 (Isnin) |
Masa | : 2.30 Petang – 5.30 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet 1malaysia Ulu Sepri |
Peserta | : 12 Orang |
TUJUAN :
Tujuan bengkel ini dijalankan adalah untuk membantu para peserta dalam proses presentasi dalam bentuk slide. Aplikasi ini juga dapat membantu peserta dalam menghasilkan presentasi yang menarik, mengajar dan juga membuat animasi sederhana.
AKTIVITI :
- Petugas menerangkan mengenai perjalanan bengkel bagi sesi kedua iaitu mempelajari Microsoft Office PowerPoint
- Para peserta mempelajari keseluruhan bab Microsoft Office PowerPoint iaitu :
- Getting started
- Saving
- Ribbons
- Home Tab
- Insert Tab
- Design Tab
- Transitiond
- Animations
- Slide Show
- Review
- View
- Printing
- Other Helpful Functions
- Shortcut Keys Microsoft Office
BENGKEL MICROSOFT – SESI 1 : MICROSOFT OFFICE WORD 2010 |
|
Tarikh | : 19 Mac 2018 (Isnin) |
Masa | : 10.00 Pagi – 1.00 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet 1malaysia Ulu Sepri |
Peserta | : 12 Orang |
TUJUAN :
- Memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada para peserta mengenai fungsi Microsoft Word iaitu fungsi utamanya adalah sebagai software pengolah kata sehingga semua pekerjaan yang berhubungan dengan mengolah kata dapat dilakukan dengan mudah dengan bantuan aplikasi-aplikasi di dalam Microsft Word seperti :
- Untuk membuat surat
- Membuat jadual
- Membuat tulisan yang bervariasi dengan menggunakan Word Art
- Memasukkan gambar
- Membuat dokumen
AKTIVITI :
- Sesi pendaftran para peserta yang terlibat dengan bengkel
- Petugas menerangkan mengenai perjalanan aktiviti sepanjang bengkel berjalan
- Bengkel dimulakan dengan taklimat daripada petugas mengenai keseluruhan aspek mengenai Microsoft Office Word
- Bengkel diselang seli dengan taklimat dan latihan tutorial
KELAS KEUSAHAWANAN – ASAS PEMBANGUNAN LAMAN WEB (BLOG) |
|
Tarikh | : 17 Mac 2018 (Sabtu) |
Masa | : 10.00 Pagi – 12.30 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet 1malaysia Ulu Sepri |
Peserta | : 1 Orang |
TUJUAN :
Tujuan kelas asas pembangunan laman web Blog ini ialah sebagai nilai tambah penstukturan penjenamaan dan pemasaran bisnes peserta selepas menggunakan medium Facebook sebagai medium pemasaran.
AKTIVITI :
- Petugas menerangkan kepada usahawan mengenai kelebihan dan manfaat yang akan diperoleh sekiranya mencipta blog perniagaan sendiri
- Petugas membantu usahawan untuk mendaftar sebagai blogger
- Usahawan memasukkan butiran maklumat yang diperlukan untuk mendaftar menjadi blogger
- Petugas memberi tunjuk ajar kepada usahawanj cara-cara untuk mengendalikan blog seperti untuk memuatnaik gambar ke blog
- Belajar cara-cara menggunakan blog sebagai medium pemasaran
KELAS ICT – PEMBELAJARAN MEGGUNAKAN YOUTUBE & BELAJAR MENAIP DENGAN BETUL |
|
Tarikh | : 18 Mac 2018 (Ahad) |
Masa | : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet 1malaysia Ulu Sepri |
Peserta | : 3 Orang |
TUJUAN :
Antara tujuan aktiviti ini adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada pelajar sekolah rendah untuk mahir menggunakan papan kekunci dan tetikus.Selain itu petugas dapat memberi tunjuk ajar mengenai kaedah-kaedah untuk menaip dengan betul pada para peserta.Peserta juga dapat mempelajari cara-cara menggunakan enjin carian google.
AKTIVITI :
- Petugas menerangkan kepada pelajar cara penggunaan papan kekunci dan tetikus dengan betul
- Petugas membantu pelajar untuk mempelajari kaedah menaip dengan betul
- Pelajar menggunakan enjin carian google untuk mencari maklumat yang diperlukan bagi menyelesaikan tugasan sekolah
- Petugas juga memberi tunjuk ajar kepada pelajar cara-cara untuk memuat turun gambar daripada enjin carian google
- Pelajar mencetak gambar / dokumen yang diperlukan untuk menyelesaikan tugasan sekolah
- Latihan dan tutorial
KELAS PERBANKAN ONLINE |
|
Tarikh | : 09 Mac 2018 (Jumaat) |
Masa | : 4.30 Petang – 5.30 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet 1malaysia Ulu Sepri |
Peserta | : 11 Orang |
TUJUAN :
Antara tujuan kelas ini dijalankan ialah membolehkan para peserta mengenali bank-bank yang terdapat di kawasan tempat tinggal mereka selain dari dapat mempelajari fungsi-fungsi bank.Peserta juga dapat mempelajari kebaikan-kebaikan yang diperoleh jika mempunyai perbankan atas talian.
AKTIVITI :
- Petugas membuka portal Pi1M Ulu Seperi di laman sesawang http://kgseperi.pi1m.my/
- Petugas meminta salah seorang peserta untuk kehadapan dan membaca maklumat mengenai senarai bank yang terdapat di kawasan sekitar
- Kemudian, petugas menerangkan mengenai kebaikan-kebaikan yang diperoleh jika mempunyai perbankan atas talian seperti :
- Memudahkan urusan jual beli atas talian
- Menjimatkan masa
- Boleh membayar bil utiliti
- Sesi soal jawab antara petugas dan peserta