KELAS MULTIMEDIA CANVAS – ANIMAL RIGHTS POSTER

Tarikh : 09 Mac 2018 (Jumaat)
Masa : 2.30 Petang – 4.30 Petang
Lokasi : Pusat Internet 1malaysia Ulu Sepri
Peserta : 11 Orang

 

TUJUAN  :

Para peserta dapat mempelajari cara-cara untuk menghasilkan poster yang mudah dan ringkas.Dapat meningkatkan kemahiran peserta dalam bidang grafik serta dapat meningkatkan penggunaan komputer dan internet di Pi1M

 

AKTIVITI  :

  • Petugas dan peserta bersama-sama membuka laman sesawang www.canva.com
  • Petugas memberi penerangan mengenai aktiviti yang bakal dijalankan
  • Petugas memberi tugasan kepada peserta untuk menghasilkan poster yang bertemakan Animal Rights
  • Petugas menunjukkan contoh poster kepada peserta
  • Para peserta memulakan aktiviti mereka
  • Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta yang memerlukan

 

Galeri Gambar

KELAS MULTIMEDIA – SUNTINGAN IMEJ MENGGUNAKAN MICROSOFT OFFICE WORD

Tarikh : 07 Mac 2018 (Rabu)
Masa : 2.30 Petang – 4.30 Petang
Lokasi : Pusat Internet 1malaysia Ulu Sepri
Peserta : 4 Orang

 

TUJUAN  :

Antara tujuan ini dijalankan ialah peserta dapat mempelajari cara-cara untuk membuat suntingan imej dengan betul.Melatih peserta menjadi lebih mahir menggunakan enjin carian google untuk mencari imej yang diminta oleh petugas.Peserta dapat mengenali ikon-ikon yang terdapat pada Microsoft office Word serta peserta mempelajari cara-cara untuk memuat turun imej dan mengedit imej.

AKTIVITI  :

  • Peserta menggunakan  enjin carian google dan membuka google imej untuk mencari imej yang diperlukan
  • Peserta mempelajari cara-cara untuk memuat turun imej dan menyimpan di dalam folder komputer
  • Petugas membimbing peserta untuk menyunting imej yang telah disimpan ke Microsoft Office Word
  • Peserta memulakan aktiviti mengedit imej dengan bimbingan daripada petugas
  • Petugas menerangkan ikon-ikon yang terdapat pada lembaran Microsoft Office Word bagi memudahkan proses suntingan imej

 

Galeri Gambar

 

 

 

TAKLIMAT MY HEALTH DAN SARINGAN PEMERIKSAAN KESIHATAN

Tarikh : 03 MAC 2018 (Sabtu)
Masa : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet 1malaysia Ulu Sepri
Peserta : 7 Orang

 

TUJUAN  :

Antara tujuan taklimat My Health dan pemeriksaan kesihatan ini dijalankan ialah dapat memupuk komuniti setempat untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat.Melakukan saringan faktor risiko Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) dalam kalangan komuniti iaitu pengukuran berat dan pengukuran tekanan darah.Meningkatkan penggunaan peralatan My Health yang terdapat di Pi1M dan dapat melahirkan masyarakat yang sihat dan peka terhadap masalah kesihatan.

AKTIVITI  :

  • Petugas terlebih dahulu memberi taklimat dan penerangan mengenai aplikasi My Health kepada peserta yang terlibat
  • Para peserta mendaftar masuk akaun My Health mereka di tablet Pi1M
  • Petugas meminta para peserta untuk menimbang berat badan menggunakan penimbang yang disediakan di sudut My Health
  • Petugas memulakan aktiviti pemeriksaan tekanan darah para peserta
  • Petugas menerangkan mengenai tahap bacaan tekanan darah peserta
  • Para peserta belajar cara-cara untuk mengira Body Mass Index (BMI)
  • Petugas menerangkan mengenai BMI yang ideal dan tidak ideal
  • Memberi nasihat asas kesihatan kepada penduduk komuniti

 

Gambar Disini

KELAS PERMAINAN PENDIDIKAN –WORD SEARCH PUZZLE

Tarikh : 03 MAC 2018 (Sabtu)
Masa : 12.00 tengahari – 1.00 petang
Lokasi : Pusat Internet 1malaysia Ulu Sepri
Peserta : 6 Orang

 

TUJUAN  :

Antara tujuan ini dijalankan ialah menguji kefahaman para pelajar dalam penggunaan perkataan di dalam Bahasa Inggeris.Selain itu dapat meningkatkan penguasaan kosa kata peserta dalam Bahasa Inggeris dan para peserta juga lebih fokus untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan

AKTIVITI  :

  • Petugas mengedarkan bahan edaran kepada para peserta
  • Petugas menerangkan cara-cara untuk menyelesaikan tugasan
  • Peserta menyebut satu persatu perkataan yang terdapat pada bahan edaran
  • Peserta dan petugas bersama-sama mencari makna perkataan di dalam Bahasa Melayu bagi memudahkan pemahaman para peserta
  • Peserta memulakan aktiviti Word Search Puzzle dengan bantuan daripada petugas

 

Gambar Disini

E-LEARNING – MATHEMATICS CLASS
Tarikh : 24 Februari 2018 (Sabtu)
Masa : 10.00 Pagi – 12.30 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet 1malaysia Ulu Sepri
Peserta : 6 Orang

 

TUJUAN  :

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu para pelajar menguasai subjek matematik dan membimbing mereka cara-cara untuk menyelesaikan persoalan yang diberikan dengan mudah.

AKTIVITI  :

  1. Petugas memberikan bahan edaran kepada peserta iaitu berbentuk soalan matematik mengikut tahap umur para peserta. Seterusnya peserta memulakan aktiviti mereka dan melakukan perbincangan bersama peserta yang lain.Dalam pada masa yang sama petugas membimbing para peserta dan bersama-sama menyelesaikan soalan yang dibekalkan.

 

Gambar Disini